Pages

PELAJARI TENTANG RUKUN UMRAH





Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
  • Niat
  • Tawaf
  • Sai'e
  • Tahallul
  • Tertib

Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
niat
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
niat-tawaf
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Syarat- syarat sah tawaf:
  • Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
    Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk  Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan  sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang  itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • uami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  • (1) Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  • (2) Menjaga larangan ihram.

(1) Berniat Umrah di Miqat:

Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali - (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah - Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

(2) Larangan Ihram:

Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:

Perkara-Perkara Larangan Ihram

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki

  • memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita

  • menutup muka

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram. 

Salam Umrah,

Saufi Hj. Kamaludin
CEO Ilmiworks Sdn. Bhd.
010 889 2017

PENTING! TIPS SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH



Persiapan Diri Menunaikan Umrah

Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:

- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
Pastikan wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
Menjauhi amalan-amalan syirik
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Membersihkan diri dari dosa
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil dari manusia tersebut.
Berdoa dan bertawakkal
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.


Salam Umrah,

Saufi Hj. Kamaludin
CEO Ilmiworks Sdn. Bhd.
010 889 2017

TIPS MEMILIH AGENSI TRAVEL UMRAH


Bagaimanakah hendak memilih agensi pengelola umrah?

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dapat ditunaikan  sekiranya  jemaah mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).
  2. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.
  3. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
  4. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
  5. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
  6. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
  7. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.
  8. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  9. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.
  10. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)


Salam Umrah,
Saufi Hj. Kamaludin
CEO Ilmiworks Sdn. Bhd.
010 889 2017

22 STRATEGI PEMASARAN YANG MENARIK

http://marketingmastery.com.my/
http://marketingmastery.com.my/

22 STRATEGI PEMASARAN YANG MENARIK

Assalamualaikum sahabat jutawan dunia akhirat. Saya Saufi Kamaludin merupakan mutawwif dari syarikat Brilliant Works Travel & Tours Sdn. Bhd.

Kepakaran kami adalah membantu jemaah umrah terutamanya bakal jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci mendapatkan 2 kali solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta membimbing mereka melakukan umrah sebanyak 4 kali tanpa dikenakan sebarang caj tersembunyi.

Alhamdulillah, blog pertama saya dah siap. Untuk pertama kalinya saya nak berkongsi kepada anda 22 strategi pemasaran yang sangat menarik untuk anda sebagai usahawan gunakan supaya jualan anda boleh meningkat berkali-kali ganda. Ilmu ini saya petik dari program Dr Azizan Osman iaitu Millionaire Marketing Mastery yang berlangsung baru-baru ini.

 22 strategi pemasaran yang sangat menarik adalah:
  1. Beri sesuatu secara percuma.
  2. Ajarkan sesuatu secara percuma.
  3. Tulis cerita.
  4. Gunakan facebook secara maksimum.
  5. Menggalakkan mesej secara peribadi di facebook.
  6. Maksimakan instagram.
  7. Maksimakan twitter.
  8. Maksimakan email.
  9. Upload di Youtube.
  10. Maksimakan mobile telefon.
  11. Pasang banner.
  12.  Pasang banting.
  13. Edar flyers.
  14. Gunakan referral.
  15. Buat blog.
  16. Buat ebook.
  17. Buat buku.
  18. Bercakap di khalayak ramai.
  19. Buat seminar.
  20. Jadi consultant.
  21. Joint venture dengan orang lain.
  22. Buat road show.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda meningkatkan jualan dan keuntungan dari biasa-biasa kepada luar biasa. Jangan lupa kongsikan blog ini kepada sahabat-sahabat lain untuk manfaat bersama.

Itu sahaja daripada saya Saufi Hj. Kamaludin, Pakar Mutawwif anda. Insyallah saya akan kongsikan lebih banyak tips pemasaran dan bisnes di blog akan datang. Assalamualaikum.


Salam Kejayaan,

Saufi Hj. Kamaludin
CEO Ilmiworks Sdn. Bhd.
010 889 2017